Jumaat, 7 Oktober 2022

KUCARI YANG KETIGA

 

Kutemui kembali mataku

sewaktu tidur tadi dini

memalingkan jelingan pada huruf-huruf

mengeja mimpi

 

Ketemui kembali kakiku

di suatu simpang fikir yang kemarin

mengingatkan sebuah gerhana

di beranda rumah

 

Kutemui sekali lagi tanganku

di sela likdah bercakar kata-kata

semalam melafaz sebuah rindu

 

Kutemui sekali gus kaki dan tanganku

yang kuhilangkan

persis dupa syukur yang kini

kueramkan di perdu mata mati

 

Aduh, pada berbisik muzik bocah

menceritakan kendara

yang lupa membawa

 

Sekali lagi kucari mataku yang ketiga

sekali lagi kucari tanganku yang ketiga

sekali lagi kucari kakiku yang ketiga

yang kutemui semua ada pada kepala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan