Jumaat, 7 Oktober 2022

DI PANTAI PERMAINAN KAMI

 

Merangkak selepas kabus habis.
Sinar itu mencairkan beku cinta,
menemukan biru yang mengundang fikiran,
abjad-abjad
serta lafaz-lafaz
hadir serentak di sini, di pantai permainan kami
menyalin wajah dan naluri. 

Bersama-sama nostalgia itu, kembali mencari dirinya di sini
di pantai permainan kami
dahulu membiarkan anak-anak bumi
kami, melaung sendiri
mengundangmu bermain, mengasuh fikir
menyusun abjad-abjad, mendidik lafaz-lafaz
memintal tali tanggujawab. 

Apa buatmu di sini selain memapah nostalgia yang tenat
menidurkan hebat diri di ranjang berang
menyarungkan ego di luar undang,
kepada kami, pantai ini menentukan mata dan kata seniman
menggerakkan abjad-abjad yang kaku
menadi bahasa bangsa yang padu
mencongak kemanusiaan, melerai curigamu
dari rengkokan penjara nostalgia yang membeku. 

Kami watan merdeka berwawasan
kami bangunkan menara ucap dan sikap belia perkasa
kami inderakan naluri bersayap siap sedia
kami hidupkan bangsa membangunkan impian segak
berakar alam lafaz dan berpuncak alam tindak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan