Jumaat, 7 Oktober 2022

GELORA LAUT KALBUKU

 

seperti ingin kujangkau saujana lamunan
menyambung semula warna hijau yang kutinggalkan
daripada kelopak daun hari
kulepaskan ketika terasa tercuba
untuk turut melangkah seperti sekarang
aku sedang berhadapan
dengan penjaga taman bunga
halaman wangian
di situlah duri berliku
memenjara nafsu
menghadang langkahtua yang kembali
kugerakkan tanpa silu 

sekarang kupetik bunga
warna putih berduri tapi mesra
ketika luka hariku berpindah kepada minda
berdarah tanpa warna merah
bersinar memancar arah
di situ mindaku diburu
dan berlari
meluru seluruh penjuru
laut biru
laut kalbuku
yang mulai bergelora gemuruh.

1995

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan