Jumaat, 7 Oktober 2022

MENULIS DIARI

 

Membuka diari baru

dan menulis catatan hari pertama

tahun baru

mencorak riak gerak minda

mencerakin gelombang gaya

warna detik yang menjelma

mengembangkan saujana kanta

menghimbau medan nostalgia

menjejak hari-hari terakhir

bernoktah mencorak tinta,

diari baru haru

menyelami kolam makna usia

dulu selalu diburu

ketika kata-kata tak tersimpul

pada maknanya

ketika perdu minda layu

oleh kealpaannya

dan di hari pertama ini

iltizam menyentuh syahdu

pintu kalbu

mencantum corak dan coret diari

merakamkan gejolak  diri.

 

 

1996

Tiada ulasan:

Catat Ulasan