Jumaat, 7 Oktober 2022

MENULIS DIARI ii

 

Tidak seperti wargaramai

diari kuperolehi daripada diri sendiri

yang dianyam lewat hari-hari lalu

nostalgia dan hari-hari yang  tua.

 

Kutulis halaman karya wangi berbunga

akarkataku ada di mana-mana,

pada ranting saat, di dahan waktu dan

pohon hari  malah tahun ini

warna daun baru mencorak  resam alam

 

Baruku dimulakan tanpa kata-kata

di hujung mataku tersergam minda

mendekati rimbun pohon yang kuulangi

tidak lagi mengenang usai ulangtahun

hari perkahwinan dan sewaktu menimang

cahayamata pertama,kedua dan seterusnya

ketika  duka menyingkap baju kalbu

atau menyemak panjang senarai nota

kebun persahabatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan